About

It's all about sharing random's information, activities and ect.

October 27, 2010

Melepak sorang-sorang

Hari ini aku terfikir yang aku nak siapkan journal basic english aku. Tapi aku taknak buat kat rumah, aku nak buat kat luar.Entah kenapa aku terfikir taman KLCC. Agak tengah hari jugak lah aku pergi. tapi ramai jugak kat taman ni. Yang bawak anak tengah hari terik ni pun ada. Kesian budak tu. Tapi tak panas lah. berangin agak relax la jugak tak bising pun. Walaupun.... berpeluh jugak aku bejalan nak cari tempat. Pusing satu taman yang besar ni nak cari tempat, yang atas2 bukit semua dah penuh. Finally jumpa tempat yang xde orang. Angin pun sedap cam nak tetidur pun ada. tapi misi belum selesai lagi. Pergh!! hebat lah uncle ni, tengah2 hari pun berjoging. 



Uncle tu berjoging tengah2 hari.. Caya lah
Aku mulakan lah buat journal aku. Habis je siapkan journal, aku keluarkan kertas dan tulis lah benda ni. Laptop x bawa, so tulis guna kertas jelah dulu. Balik rumah bnaru taip dalam laptop.
Tengah siapkan journal.. Sempat lagi amek gambar
Tulis entry blog dalam kertas



Cikgu2 sekolah zaman sekarang ni pun rajin bawak budak2 sekolah pergi KLCC. Time aku sekolah Zoo negara he lah yang famous. Itupu kene buat kerja amal. Sebut je KLCC, ramai yang tau tempat paling famous untuk dating. Patutlah tempat2 yang atas bukit semunya dah penuh. Atas tu kan sunyi, xde orang. klo kat bawah ni, orang lalu lalang. Tak best lah dorang nak date. hahaha.. tak sangka aku ade jugak kucing tengah2 bandaraya ni. Kat KLCC plak tu. Kucing bandar.. Lapar plak rasa, nak cari makan kat dalam KLCC. Lunch time.. bye..



October 21, 2010

Lunch +Lepak di KLCC


baring atas rumput
Lepas je kelas contemporary business dan juga English2 aku, ira dam meyza decide nak nak lunch kat klcc.. So lepas je kelas kol 2 kitorang gerak pergi klcc. Dari collage kitorang naik LRT sliran ampang, sampai masjid jamek kitorang naik LRT aliran kelana Gombak terus ke KLCC.. Sampai je kat KLCC biase lah ramai orang lagi2 lunch time.. Lepas je lunch, terus g cold storage beli keropok dengan fishball untuk kitorang makan kat taman.. Sampai kat taman cari lah tempat yang sesuai untuk lepak2.. Macam2 gelagat manusia ade termasuklah kitorang.. hehe. Seperti biasa handphone aq jadi sasaran untuk mengambil gambar.. hahaha kelaka.. Sampai baring2 kat rumput tu..
Biaselah rumput bersih taman dijaga beranilah nak baring.. Kalau taman yang tak dijaga bukan setakat baring, nak duduk pun tak sampai hati.. huhuhu..  Seronok punya pasal, sedar2 dah pukul 5.00ptg ape lagi gerak lah balik..Ape  ingat aku takde rumah ke nak tidur situ..hahaha.. Biase lah tu time2 orang balik kerja.. GILER GAMAI LAH WEH!! Time kitorang je train 2 coach je datang.. agak kesadinan jugak la..hehehe..

Kononnye buat keja la tu..

October 14, 2010

Aku Di Hari Ini..





Pagi tadi bangun dalam pukul 6.00pagi.. 6.50pagi dah keluar pergi ke kelas. Sampai je kat kelas, tunggu punya tunggu punya tunggukelas cancel. Sebab lecturer ade meeting dengan bos die.. So aku, meza dengan ira lepaklah kat kelas sampai pukul 10.00 pagi.. Kerja kitorang makan je.. First time makan waktu pagi camni.. Sampai kat cafe pon, makan lagi.. Pergh.. makan je.. hahaha.. Lepas tu kitorang masuk kelas seterusnya, sama juga kelas cancel sebab lecturer mc.. Tapi kitorang ditinggalkan dengan essay dan kena submit arini juga.. So kitorang buat lah kat dalam kelas.. Lepas siap kitorang submit then pergi lunch kat McD Masjid jamek.. MAKAN LAGI!!.. After that kitorang bercadang nak pergi KLCC nak jalan2.. So kitorang pon pergi la KLCC by Train.. Sampai sana kitorang pergi kat taman die.. biase lah kitorang dah sampai kat tempat cm tu mestilah nak ambil gambar..hahaha.. Hobi.. memenuhkan gambar kat hanfon aku.. Kitorang jalan2 then lepak kat jambatan di taman KLCC.. Ambil gambar punya pasal, sampai habis bateri hanfon aku.. Then kitorang jalan dan balik lah kerumah nak pegi mana lagikan.. Hahaha...
KLCC lepak2 kat jambatan.. Hahaha

October 11, 2010

Konsert reunion AF8

10.10.10 tarikh yang unik dan berlakunya konsert reunion akademi fantasia 8 di stadium putra bukit jalil.. Orang ramai beratur di luar stadium untuk menunggu pintu masuk dibuka. Tepat jam 8.00 malam pintu dibuka bagi penyokong2 AF8 yang hadir untuk menyaksikan konsert tersebut. Rakaman konsert tersebut berlangsung selama 2 jam bermula pukul 8.30 malam. Konsert yang menampilkan bintang2 AF8. Turut membuat persembahan dari Mawi(AF3), Aizat(AF5), Stacy(AF6)dan juga Hafiz(AF7). Tidak lupa juga persembahan daripada Pengetua AF8 Norman KRU, Adnan Abu Hassan, dan juga Linda Jasmin.

October 4, 2010

ASSIGNMENT..

This Thursday I have presentation for contemporary business.. I need to show what is my business and what a profit I get.. So tomorrow I have discussion with group members.. Then I also have assignment for E-business I we have to create a blog for our business and also need to present to our lecturer.. I need to find the information to finish up mu assignment..