About

It's all about sharing random's information, activities and ect.
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

September 30, 2012

TIPS TEMU DUGA


1. RESUME TIDAK LEBIH DARI DUA MUKA SURAT
Resume yang pendek dan padat menjadi pilihan penemu duga.

2. SALINAN REMUSE / SIJIL
Walaupun penemu duga ingin melihat resume dan sijil yang asli, tetapi jangan lupa untuk membawa salinannya. Berkemungkinan mereka mahu menyimpannya untuk kegunaan masa hadapan.

3. BACA MAKLUMAT SYARIKAT / PERKHIDMATAN YANG MEREKA SEDIAKAN
Cuba fahami serba sedikit maklumat syarikat agar dapat menunjukkan yang anda betul-betul memahami hala tuju syarikat. Malah penemu duga juga akan merasa anda seorang yang betul-betul bermotivasi.

4. PENAMPILAN YANG MENARIK DAPAT MENUNJUKKAN KESUNGGUHAN
Menghadiri temu duga dengan gaya jalanan boleh membuatkan penemu duga tertanya-tanya apa tujuan anda datang ke syarikatnya. Walaypun anda berbekalkan kelayakan dan pengalaman yang baik, tidak bermakna anda dapat kejayaan tersebut.

5. JANGAN LAMBAT
Datang satu jam awal atau beberapa jam dan habiskan masa sebelumnya di kafe yang berdekatan. Duduk sambil mengisi perut dan menarik nafas lega membantu menghilangkan rasa takut atau berdebar.

6. JANGAN BAWA TEMAN ATAU KELUARGA BERSAMA
Sekiranya anda membawa teman atau keluarga, ia akan menunjukkan anda seorang yang tidak berkeyakinan tinggi dan tak bersungguh-sungguh.

7. SKIL ATAU KELAYAKAN
Hanya anda sahaja yang tahu kebolehan anda sendiri. Jika anda yakin akan kelayakan dan pengalaman  tidak menjadi masalah untuk memohon jawatan. Pastikan pilih jawatan yang betul dan sesuai.

8. YAKIN DAN BERANI
Tidak perlu takut untuk bertemu dengan penemu duga. Mereka memang memerlukan pekerja baru. Bina keyakinan diri, jadi seorang yang peramah sebaik mungkin dan bersopan santun. Anda akan dibayar mengikut perkhidmatan yang diberi.

9. JANGAN TERLALU MEMUJI DIRI
Biar penemu duga menilai tahap kelayakan anda. Jangan terlalu memuji-muji diri sendiri. Lambat laun mereka akan berasa bosan dan menyampah. Biar mereka bertanya dahulu, kemudian baru menjawab soalan itu.

10. JANGAN BERLAGAK TAHU
Beri tahu penemu duga bahawa anda boleh belajar. Jangan berlagak tahu sedangkan jawapan anda salah. Menjadi diri sendiri menunjukkan anda mempunyai disiplin yang baik dan sesuai dengan keperluan syarikat.

11. TUNJUK SIKAP SANGGUP BELAJAR
Jangan malu bertanya perkara yang ingin diketahui. Tanya penemu duga skil apa yang diperlukan untuk menjadi pekerja syarikat. Ia menunjukkan anda seorang yang mahu belajar.

SEMOGA BERJAYA DALAM TEMU DUGA

September 24, 2012

Sarapan Dengan Bijirin


Sarapan dengan bijirin dan kekalkan kecergasan harian anda

Bijirin nampak kecil di mata masyarakat, tetapi ia mempunyai banyak manfaat tersendiri sehingga mampu menjamin kesihatan berpanjangan.


1. Pengambilan bijirin seprti oat sehari dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah & risiko sakit jantung.

2. Menghalang kemampuan kolestrol untuk melekat pada dinding arteri sehingga mencecah pembentukan plak yang menyempitkan laluan darah mengalir ke jantung.
3. Pemakan oat cenderung memiliki indeks jisim tubuh (BMI) di bawah par 25, dan termasuk dalam kategori menyihatkan.

4. Satu sajian bijirin sehari membantu mengurangkan berat badan & mendapatkan pinggang yang lebih ramping berbanding mereka yang tidak menjamah bijirin.

5. Mengenyangkan dan membekalkan banyak tenaga sepanjang masa.

6. Baik untuk penghadaman.

7. Kandunga seratnya yang tinggi mampu membantu melakukan proses pembebasan gula secara perlahan ke dalam tubuh.

8. Membantu mengekalkan keseimbangan tahap gula dalam darah.

9. Makanan yang baik untuk jantung dan membantu mengelakkan terkena serangan jantung.


July 9, 2012

Kenali Bahasa Tubuh



Apa yang cuba korang terangkan menerusi bahasa tubuh? pasti ada makna yang tersirat yang cuba diluahkan walaupun tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

ANGGUK KEPALA
apabila seseorang mengangguk kepala sebanyak 3 kali, ia menandakan seseorang itu menunjukkan minat untuk terus mengetahui penerangan dengan lebih lanjut. Sebaliknya jika seseorang itu mengagguk sekali sahaja bermakna dia mungkin sudah tidak sabar untuk beredar dari terus mendengar penerangan tersebut.

MENGGIGIT BIBIR
Jika anda menggigit atau menjilat bibir semasa dalam keadaan stres, hakikatnya cara ini adalah untuk menenangkan diri. Ia juga merupakan terapi.

MENGGARU HIDUNG
apabila menggaru sesuatu yang tidak gatal, ia sebenarnya diiringi dengan aliran adrenalina yang amat deras. Seseorang yang suka menipu akan sibuk mencari bahagian anggota untuk digaru.

PANDANGAN ATAS / TEPI
Apabila ingin mengingati sesuatu, mata akan memandang ke atas seolah-olah cuba mencari gambaran. Jika cuba mengigati sesuatu yang pernah didengar, mata akan pandang ke tepi.

MENUTUP MATA
Menggosok mata / menutup mata dalam masa yang lama menunjukkan korang mahu menjauhi sebarang bunyi bising / sebarang gambaran. kriteria ini merupakan cara untuk menjauhkan diri dari gangguan maupun sesuatu yang tidak menenangkan.

BERSANDAR
Seseorang yang suka bersandar di sebelah rakan dianggap seorang yang pemalas. Boleh jadi orang ini kurang amanah dalam sesuatu. Jadi hati-hati.

BERDIRI TEGAK
Pendirian yang konservatif ini menandakan seseorang itu berada di dalam situasi penghormatan, seorang yang berdisiplin dan serius dalam kebanyakan perkara.

BERDIRI REHATKAN DIRI
Pada posisi kedua-dua kaki terbuka memberi isyarat seorang yang berpegang teguh pada satu perkara & tidak mahu mengalah. Untuk lebih berkuasa, letakkan tangan dipinggang.

MERENDAHKAN PANDANGAN
Merupakan taktik kegemaran budak kecil yang meminta belas kasihan. Jika perkara ini berlaku, ia menunjukkan seseorang itu mahukan simpati dari anda. Dia mungkin dalam masalah dan perlukan bantuan.

BERMAIN KUKU
Ia menunjukkan kurang keyakinan dan sedang berdepan perasaan takut.

MATA BERKELIP
Mata yang normal akan berkelip di antara enam hingga lapan kali seminit. Namun, jika anda berada di dalam tekanan, mata akan berkelip lebih banyak. Oleh itu, mata memainkan peranan penting kerana ia menunjukkan segala-galanya siapa diri anda.

ISYARAT JELINGAN MATA
Permainan mata biasanya berlaku ketika situasi lelaki bertemu perempuan. Persoalan akan bermain diminda " adakah aku menyukai dia?", "adakah dia menyukai aku?". Sekurang-kurangnya bahasa tubuh ini tidak mengecewakan apabila cinta anda ditolak mahupun tak dilayan.

TANGAN BERPELUK TUBUH
Jangan cepat membuat andaian si dia tengah marah. Sebaliknya keadaan ini menggambarkan dia sedang mempertahankan diri. Jika kaki bersilang, mungkin dia sedang mencari keselesaan.

HUJUNG KAKI BERTEMU
Korang dilihat berdiri tegak, tetapi hujung kaki bertemu antara satu sama lain. Ia menandakan korang berada di dalam situasi yang kekok kerana dikelilingi orang-orang yang tidak dikenali.

MENYELAK RAMBUT DARI WAJAH
Pergerakan ini merupakan perasaan menggoda yang memerlukan perhatian untuk melihat dirinya. Tak hairanlah dia kerap menyelak rambutnya, rupa-rupanya dia baru je potong rambut.

SENYUMAN
Menurut pensyarah Universiti Louisville di Kentucky iaitu Anita Barbee, senyuman yang ikhlas boleh dilihat apabila otot mata bekerja. Seseorang yang senyum kurang dari lima saat dianggap kurang ikhlas & memiliki senyuman yang sama pula dianggap seorang yang kurang serius.

MEMICIT DAHI DAN TELINGA
Situasi untuk menenangkan diri ini akan membuatkan anda secara tidak sengaja akan memicit dahi / telinga. Misalnya, apabila berada di barisan paling hadapan di dalam dewan peperiksaan maka perkara yang sama akan berlaku. Secara tak sengaja anda akan menggosok kaki untuk memberi keselesaan pada tekanan darah dan kadar jantung yang berdegup kencang.

SEMBUNYIKAN TANGAN
Menyembunyikan tangan di riba / memasukkan ke dalam poket tanda korang menyembunyikan sesuatu perkara. Seseorang mungkin memberitahu keseluruhan cerita, tetapi anda tidak mendapat keseluruhan isinya kerana tidak memberi sepenuh perhatian.

MENGANGKAT KENING
Tak kiralah sama ada anda mengangkat sebelah / kedua-dua belah kening, ia menunjukkan perasaan ingin tahu. Manakala menurunkan kening / mengerutkan kening lebih kepada petanda negatif. Ia mungkin menunjukkan anda berada dalam keadaan keliru / ketakutan.

MULUT MUNCUNG
Sangat jelas bahawa korang berada dalam keadaan sangat marah. Kemarahan tentunya tidak dapat disembunyikan meskipun korang cuba untuk senyum. Memuncungkan mulut akan berlaku secara tak sengaja  kerana perasaan bengang yang sangat mendalam.

BERUBAH KEDUDUKAN BERDIRI
Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Cara menggerakkan badan mencerminkan sikap korang. Kerap berubah cara berdiri / mengayunkan badan kedepan dan kebelakang menunjukkan anda berada dalam keadaan cemas / susah hati. Situasi ini akan berlaku apabila ada banyak idea yang mengganggu sehingga anda tak boleh berhenti bergerak.



December 26, 2011

Maximize your smartphone battery performance


Some functions in your phone may consume more battery, leading to a shorter battery time. In order to maximise your battery performance, make sure you switch off functions you don't use, such as Bluetooth™, and lower the screen brightness.


Other useful tips to maximise battery performance:
Only use location services when needed.
Turn off push email and synchronise your mailboxes manually.
Minimise the use of third-party applications.
Charge your phone often. The battery lasts longer if you charge it frequently.
If you are in an area with no coverage, your phone repeatedly scans for available networks, which consumes power. If you can't move to an area with better coverage, turn off your phone temporarily or use Flight mode.
Browse the web with Wi-Fi™ rather than mobile data networks and turn off Wi-Fi™ when not in use.
Close running applications when not in use.
tips from www.sonyericsson.com


Ever wanted to be on Music Video? #NowYouCan - Be part of Yuna’s MV for her new single by submitting ur vid