1. RESUME TIDAK LEBIH DARI DUA MUKA SURAT
Resume yang pendek dan padat menjadi pilihan penemu duga.
2. SALINAN REMUSE / SIJIL
Walaupun penemu duga ingin melihat resume dan sijil yang asli, tetapi jangan lupa untuk membawa salinannya. Berkemungkinan mereka mahu menyimpannya untuk kegunaan masa hadapan.
3. BACA MAKLUMAT SYARIKAT / PERKHIDMATAN YANG MEREKA SEDIAKAN
Cuba fahami serba sedikit maklumat syarikat agar dapat menunjukkan yang anda betul-betul memahami hala tuju syarikat. Malah penemu duga juga akan merasa anda seorang yang betul-betul bermotivasi.
4. PENAMPILAN YANG MENARIK DAPAT MENUNJUKKAN KESUNGGUHAN
Menghadiri temu duga dengan gaya jalanan boleh membuatkan penemu duga tertanya-tanya apa tujuan anda datang ke syarikatnya. Walaypun anda berbekalkan kelayakan dan pengalaman yang baik, tidak bermakna anda dapat kejayaan tersebut.
5. JANGAN LAMBAT
Datang satu jam awal atau beberapa jam dan habiskan masa sebelumnya di kafe yang berdekatan. Duduk sambil mengisi perut dan menarik nafas lega membantu menghilangkan rasa takut atau berdebar.
6. JANGAN BAWA TEMAN ATAU KELUARGA BERSAMA
Sekiranya anda membawa teman atau keluarga, ia akan menunjukkan anda seorang yang tidak berkeyakinan tinggi dan tak bersungguh-sungguh.
7. SKIL ATAU KELAYAKAN
Hanya anda sahaja yang tahu kebolehan anda sendiri. Jika anda yakin akan kelayakan dan pengalaman tidak menjadi masalah untuk memohon jawatan. Pastikan pilih jawatan yang betul dan sesuai.
8. YAKIN DAN BERANI
Tidak perlu takut untuk bertemu dengan penemu duga. Mereka memang memerlukan pekerja baru. Bina keyakinan diri, jadi seorang yang peramah sebaik mungkin dan bersopan santun. Anda akan dibayar mengikut perkhidmatan yang diberi.
9. JANGAN TERLALU MEMUJI DIRI
Biar penemu duga menilai tahap kelayakan anda. Jangan terlalu memuji-muji diri sendiri. Lambat laun mereka akan berasa bosan dan menyampah. Biar mereka bertanya dahulu, kemudian baru menjawab soalan itu.
10. JANGAN BERLAGAK TAHU
Beri tahu penemu duga bahawa anda boleh belajar. Jangan berlagak tahu sedangkan jawapan anda salah. Menjadi diri sendiri menunjukkan anda mempunyai disiplin yang baik dan sesuai dengan keperluan syarikat.
11. TUNJUK SIKAP SANGGUP BELAJAR
Jangan malu bertanya perkara yang ingin diketahui. Tanya penemu duga skil apa yang diperlukan untuk menjadi pekerja syarikat. Ia menunjukkan anda seorang yang mahu belajar.
No comments:
Post a Comment