Bulan 1 yang lepas, my dad suruh ambil lesen kereta, Actually dah lama kot dia suruh ambil.. Aku je yang busy memanjang.. Then register lah masa bulan satu tu.. Mula2 macam biasalah kursus yang dikatakan nightmare, kursus KPP 5 jam. Kalau ikutkan kursus tu macam nothing, sebab cikgu dia banyak cerita pasal dia. Start pukul 9:30pg, lepas rehat pukul 2:00ptg baru start mengajar.. Biasalah bila dah hujung2 macam ni, giler laju dia ajar.. Balik pandai2 lah baca sendiri.. Next week nye, hari jumaat aku test komputer. Giler ramai.. Masa tengah tunggu giliran macam2 tips aku dengar. Tapi, buat tak tau je.. Bila sampai je aku nye turn, terus masuk bilik ujian tu.. Perasaan yang paling takut bila nak tekan keputusan.. Tekan je keputusan, LULUS.. Yeah!! Ok puas hati dah kat situ. Next saturday pergi Amali 6 jam.. Huh.. Gula2 mentos aku yang panjang tu habis kejap je.. Sampai je turn litar, Instructor bagi rasa lah bawa kereta bagi yang 1st time tu agak kelakar juga lah (termasuklah aku). A week after, aku start belajar kereta, biasalah kalau dah namanya pun belajar, ofcoz selalu kena marah.. Tapi disebabkan aku ni katagori "daun keladi" cakap je lah apa pun aku buat tak tau je.. Sebulan juga lah aku belajar.. Isnin lepas ku test JPJ.. Giler cuak kot.. kena lak kereta yang aku dapat agak uzur sikit. Finally LULUS bahagian II..
BAHAGIAN II |
Tunggu lak untuk bahagian III, Sampai je turn aku hujan pulak.. Haih.. Dah la jalan aku ni banyak bukit.. Pegawai JPJ aku perempuan, muka baik, tapi awal2 dah kena marah.. ~~ bawa je lah kereta tu macam biasa.. Sampai je balik kat sekolah memandu tu, dia suruh sign.. Sekali tengok 18/20.. Yeah LULUS juga untuk Bahagian III..
BAHAGIAN III |
Semalam lesen P aku dah keluar.. \(^^)/
Bercampur baur lah juga pengalaman belajar kereta ni..