Join the contest at worldstage.mtvasia.com/win
About
July 21, 2012
July 9, 2012
Kenali Bahasa Tubuh
Apa yang cuba korang terangkan menerusi bahasa tubuh? pasti ada makna yang tersirat yang cuba diluahkan walaupun tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
ANGGUK KEPALA
apabila seseorang mengangguk kepala sebanyak 3 kali, ia menandakan seseorang itu menunjukkan minat untuk terus mengetahui penerangan dengan lebih lanjut. Sebaliknya jika seseorang itu mengagguk sekali sahaja bermakna dia mungkin sudah tidak sabar untuk beredar dari terus mendengar penerangan tersebut.
MENGGIGIT BIBIR
Jika anda menggigit atau menjilat bibir semasa dalam keadaan stres, hakikatnya cara ini adalah untuk menenangkan diri. Ia juga merupakan terapi.
MENGGARU HIDUNG
apabila menggaru sesuatu yang tidak gatal, ia sebenarnya diiringi dengan aliran adrenalina yang amat deras. Seseorang yang suka menipu akan sibuk mencari bahagian anggota untuk digaru.
PANDANGAN ATAS / TEPI
Apabila ingin mengingati sesuatu, mata akan memandang ke atas seolah-olah cuba mencari gambaran. Jika cuba mengigati sesuatu yang pernah didengar, mata akan pandang ke tepi.
MENUTUP MATA
Menggosok mata / menutup mata dalam masa yang lama menunjukkan korang mahu menjauhi sebarang bunyi bising / sebarang gambaran. kriteria ini merupakan cara untuk menjauhkan diri dari gangguan maupun sesuatu yang tidak menenangkan.
BERSANDAR
Seseorang yang suka bersandar di sebelah rakan dianggap seorang yang pemalas. Boleh jadi orang ini kurang amanah dalam sesuatu. Jadi hati-hati.
BERDIRI TEGAK
Pendirian yang konservatif ini menandakan seseorang itu berada di dalam situasi penghormatan, seorang yang berdisiplin dan serius dalam kebanyakan perkara.
BERDIRI REHATKAN DIRI
Pada posisi kedua-dua kaki terbuka memberi isyarat seorang yang berpegang teguh pada satu perkara & tidak mahu mengalah. Untuk lebih berkuasa, letakkan tangan dipinggang.
MERENDAHKAN PANDANGAN
Merupakan taktik kegemaran budak kecil yang meminta belas kasihan. Jika perkara ini berlaku, ia menunjukkan seseorang itu mahukan simpati dari anda. Dia mungkin dalam masalah dan perlukan bantuan.
BERMAIN KUKU
Ia menunjukkan kurang keyakinan dan sedang berdepan perasaan takut.
MATA BERKELIP
Mata yang normal akan berkelip di antara enam hingga lapan kali seminit. Namun, jika anda berada di dalam tekanan, mata akan berkelip lebih banyak. Oleh itu, mata memainkan peranan penting kerana ia menunjukkan segala-galanya siapa diri anda.
ISYARAT JELINGAN MATA
Permainan mata biasanya berlaku ketika situasi lelaki bertemu perempuan. Persoalan akan bermain diminda " adakah aku menyukai dia?", "adakah dia menyukai aku?". Sekurang-kurangnya bahasa tubuh ini tidak mengecewakan apabila cinta anda ditolak mahupun tak dilayan.
TANGAN BERPELUK TUBUH
Jangan cepat membuat andaian si dia tengah marah. Sebaliknya keadaan ini menggambarkan dia sedang mempertahankan diri. Jika kaki bersilang, mungkin dia sedang mencari keselesaan.
HUJUNG KAKI BERTEMU
Korang dilihat berdiri tegak, tetapi hujung kaki bertemu antara satu sama lain. Ia menandakan korang berada di dalam situasi yang kekok kerana dikelilingi orang-orang yang tidak dikenali.
MENYELAK RAMBUT DARI WAJAH
Pergerakan ini merupakan perasaan menggoda yang memerlukan perhatian untuk melihat dirinya. Tak hairanlah dia kerap menyelak rambutnya, rupa-rupanya dia baru je potong rambut.
SENYUMAN
Menurut pensyarah Universiti Louisville di Kentucky iaitu Anita Barbee, senyuman yang ikhlas boleh dilihat apabila otot mata bekerja. Seseorang yang senyum kurang dari lima saat dianggap kurang ikhlas & memiliki senyuman yang sama pula dianggap seorang yang kurang serius.
MEMICIT DAHI DAN TELINGA
Situasi untuk menenangkan diri ini akan membuatkan anda secara tidak sengaja akan memicit dahi / telinga. Misalnya, apabila berada di barisan paling hadapan di dalam dewan peperiksaan maka perkara yang sama akan berlaku. Secara tak sengaja anda akan menggosok kaki untuk memberi keselesaan pada tekanan darah dan kadar jantung yang berdegup kencang.
SEMBUNYIKAN TANGAN
Menyembunyikan tangan di riba / memasukkan ke dalam poket tanda korang menyembunyikan sesuatu perkara. Seseorang mungkin memberitahu keseluruhan cerita, tetapi anda tidak mendapat keseluruhan isinya kerana tidak memberi sepenuh perhatian.
MENGANGKAT KENING
Tak kiralah sama ada anda mengangkat sebelah / kedua-dua belah kening, ia menunjukkan perasaan ingin tahu. Manakala menurunkan kening / mengerutkan kening lebih kepada petanda negatif. Ia mungkin menunjukkan anda berada dalam keadaan keliru / ketakutan.
MULUT MUNCUNG
Sangat jelas bahawa korang berada dalam keadaan sangat marah. Kemarahan tentunya tidak dapat disembunyikan meskipun korang cuba untuk senyum. Memuncungkan mulut akan berlaku secara tak sengaja kerana perasaan bengang yang sangat mendalam.
BERUBAH KEDUDUKAN BERDIRI
Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Cara menggerakkan badan mencerminkan sikap korang. Kerap berubah cara berdiri / mengayunkan badan kedepan dan kebelakang menunjukkan anda berada dalam keadaan cemas / susah hati. Situasi ini akan berlaku apabila ada banyak idea yang mengganggu sehingga anda tak boleh berhenti bergerak.
July 2, 2012
Win Meet 'n' Greet passes to meet the artist of MTV World Stage Live in Malaysia 2012
Want to meet your favorite artists and score a pair of event passes to MTV World Stage Live In Malaysia 2012? Here’s how you can stand a chance to win via our Facebook apps!
1) Be a “fan” of our official MTV Asia Facebook page
(www.mtvasia.com/mtvasia)
2) Select the artist that you want to meet under the “Apps”
tab on our official MTV Asia Facebook page
3) Answer 10 artist related questions (Quiz)
4) Answer the open-ended question “In 250 words or less,
tell us why you deserve to win the chance to meet
*Justin Bieber/Jay Park/Kara (*delete where applicable)
at MTV World Stage Live in Malaysia 2012" (Question)
Winners will be selected based on a perfect score to the quiz and the most creative and enthusiastic answers to the question (to be determined at MTV’s sole discretion).
Each winner will win a pair of Meet ‘n’ Greet passes to meet the artist of their choice and a pair of event passes to MTV World Stage Live In Malaysia 2012!
JOIN CONTEST
Prize Details
Stand a chance to win a pair of Meet ‘n’ Greet Passes to meet *Justin Bieber/Jay Park/Kara (*1 artist ) and a pair of Event Passes to MTV World Stage Live In Malaysia 2012!
Prize Eligibility
Only persons residing in Malaysia who are at least 13 years of age can enter.
Contest Starts On
July 02, 2012 @ 11:00 am (SGT)
Contest Ends On
July 09, 2012 @ 11:59 am (SGT)
About MTV World Stage Live In Malaysia 2012
For more information on MTV World Stage Live In Malaysia 2012, log on to http://worldstage.mtvasia.com
Subscribe to:
Posts (Atom)