Mereka mula berkenalan pada 2009 ketika sama-sama terlibat mengendalikan program Sehati Berdansa akhirnya pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya selamat diijabkabulkan pada pukul 9:15 malam semalam (Jumaat). Pernikahan yang berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya Lakeside itu dijalankan oleh bapa Scha sendiri, sambil disaksikan oleh pendaftar nikah, cerai dan rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya. Pada majlis yang sederhana tetapi cukup gemilang itu, Scha Al-Yahya menerima mas kahwin RM2050 berserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang. Sementara itu, majlis resepsi kedua-dua mempelai akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Mereka berdua kan berlepas ke New York selama 10 hari sebaik sahaja majlis resepsi selesai. Selamat pengantin baru untuk pasangan mempelai Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.
Gambar : http://www.budiey.com/
No comments:
Post a Comment