2012 akan menjadi tahun yang sibuk buat B2ST. Artis naungan Cube Entertainment itu melaporkan akan mengadakan konsert jelajah dunia tidak lama lagi. Dianggarkan sebanyak 14 buah negara akan dikunjungi B2ST. Antaranya ialah Jerman, Jepun, England, Sepanyol, Amerika, Kanada, Singapura, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Indonesia dan Filipina. Menurut Yoseob, dia merasa bangga kerana B2ST mampu mengadakan kosert di seluruh dunia dan bukan hanya di Korea sahaja. "kami berjanji akan bekerja lebih keras lagi. 2012 akan menjadi tahun yang membantu B2ST untuk mengembangkan pengaruhnya di luar Asia," tambahnya.
About
January 30, 2012
WU CHUN LEPAS KARIER DEMI CINTA
Pelbagai maklum balas negatif diterima berhubung penarikan diri Wu Chun dari Fahrenheit. Walau bagaimanapun, artis kelahiran brunei itu akur dengan nasib yang menimpa dirnya. Dalam satu temuramah yang dibuat oleh media Taiwan, Wu Chun menjelaskan tindakan yang diambilnya bukanlah desebabkan oleh hubungan dengan ahli Fahrenheit, sebaliknya kerana cinta. Dia menarik diri dari grup tersebut kerana sukar untuk bercinta. "saya memikirkan soal lahwin. Jadi apa akan jadi dengan karier saya? untuk memulakan perhubungan cinta, saya perlu melepaskan karier saya," tambahnya.
FILEM AKSI TERAKHIR JAY CHOU
Selepas menamatkan pengambaran filem "The Viral factor", Jay Cou mengumumkan dia tidak mahu lagi berlakon dalam filem aksi. Katanya, dia sudah tua dan tidak mahu membahayakan diri dengan berlakon dalam filem aksi. "Bermula dari sekarang, saya cuma akan berlakon dalam filem romantik dan menyanyi sahaja", jelasnya sebaik sahaja mengikuti tayangan perdana filem viral factor."Akhirnya saya melihatsendiri kehebatan filem Hong Kong. Pelakon kebanyakannya buat lagak ngeri sendiri. Kadang-kadang pengarah akan mendemostrasikan sendiri lagak ngeri tersebut", tambahnya.
January 29, 2012
ANUGERAH JUARA LAGU 26
Anugerah Juara Lagu ke 26 dengan bertemakan elemen air, mempertaruhkan 12 buah lagu terbaik hasil nukilan anak tempatan. AJL26 akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 29 Januari 2012 dan akan disiarkan secara langsung di TV3.
12 Buah lagu yang bertanding di AJL26:
- Kalau Berpacaran - Ana Rafali, suhaimi meor Hassan, Ultimate
- Karma - Faizal Tahir (TEMPAT KE-3)
- Penakut - Yuna
- Sedetik Lebih - Jaclyn Victor
- Awan Nano - Hafiz (VOKAL TERBAIK) & (JUARA)
- Cinta Muka Buku - Najwa Latif
- Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol
- Beribu Sesalan - Shiela Hamzah, Jaclyn Victor, Ning Baizura (NAIB JUARA)
- Kekanda Adinda - Monilog, Atilia
- Sungai Lui - Aizat
- Kisah Hati - Alyah (PERSEMBAHAN TERBAIK)
- Gadis Semasa Yuna
Anugerah Juara Mobile Celcom - Sedetik Lebih
Ikuti detik - detik persiapan AJL26 dan roadshow AJL26 menerusi "Debaran AJL" yang bersiaran pada 14, 21 dan 28 Januari 2012 jam 5:00 petang di TV3.
Untuk info yang selanjutnya layari laman web www.tv3.com.my/ajl26January 22, 2012
Happy Chinese New Year 2012
GONG XI FA CAI
XIN NIAN KUAI LE
"Year of the dragon"
A year of courage, prosperity, love and cooperation.
"Year of the dragon"
A year of courage, prosperity, love and cooperation.
January 19, 2012
B.A.P
Menurut juru cakap TS Entertainment, B.A.P merupakan projek yang ditunggu-tunggu oleh TS Entertainment. Mereka akan muncul dengan persembahan debut besar-besaran pada 28 Januari 2012 di Jang-Choong Gymnasium, Seoul, Korea. Ia merupakan tempat pertama yang akan memperkenalkan B.A.P kepada dunia. Dianggarkan ramai yang akan hadir menyaksikan persembahan tersebut yang merangkumi peminat, krew konsert, krew album, dan juga media dari liar negara seperti China, Jepun, Singapura, Malaysia dan Thailand.
FILEM TEMPATAN 2011
Tahun 2011 menyaksikan banyak filem tempatan yang berjaya mendapat kutipan tertinggi dan sambutan luar biasa dari penonton. Ia merupakan petanda baik bagi penggiat seni filem untuk memantapkan karya mereka untuk tatapan penonton.
10 filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi tahun 2011:
KL GANGSTER
RM11.74 JUTAOMBAK RINDU
RM10.9 JUTA
HANTU BONCENG
RM8.53 JUTA
KONGSI
RM8.09 JUTA
KHURAFAT
RM8 JUTA
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
RM6.5 JUTA
NUR KASIH THE MOVIE
RM4.93 JUTA
BINI-BINIKU GANGSTER
RM4.71 JUTA
KARAK
RM4.28 JUTA
SUATU MALAM KUBUR BERASAP
RM4.99 JUTA
Baca selanjutnya...
credit : http://my.entertainment.yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)