2012 akan menjadi tahun yang sibuk buat B2ST. Artis naungan Cube Entertainment itu melaporkan akan mengadakan konsert jelajah dunia tidak lama lagi. Dianggarkan sebanyak 14 buah negara akan dikunjungi B2ST. Antaranya ialah Jerman, Jepun, England, Sepanyol, Amerika, Kanada, Singapura, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Indonesia dan Filipina. Menurut Yoseob, dia merasa bangga kerana B2ST mampu mengadakan kosert di seluruh dunia dan bukan hanya di Korea sahaja. "kami berjanji akan bekerja lebih keras lagi. 2012 akan menjadi tahun yang membantu B2ST untuk mengembangkan pengaruhnya di luar Asia," tambahnya.
No comments:
Post a Comment