"Exclamation Mark" merupakan album yang kesebelas Jay Chou. Ia sepatutnya telah berada di pasaran muzik asia pada November tahun lalu, tetapi disebabkan jumlah permintaannya yang tinggi baru sekarang album ini di pasarkan. Album ini dimuatkan dengan 12 buah lagu dan mempunyai 4 versi. Walau bagaimanapun, lagu yang bertajuk "Exclamation mark" lebih menarik perhatian kerana Jay Chou tampil dengan susunan heavy metal yang belum pernah diketengahkan olehnya sebelum ini.
Kelahiran "Exclamation Mark" bukan sahaja bertujuan untuk memanjangkan kariernya dalam dunia nyanyian, ia juga menyambung legasi kreativitinya yang sebelum ini banyak dikembangkan dalam albun2 terdahulu. Lagu2 yang dimuatkan dalam album ini rata-ratanya susunan fusion yang menggabungkan rentak moden, klasik, dan tradisional China. Pengkritik muzik berpendapat, Jay chou sebenarnya sedang kembali kepada asas. Lagu2 yang dimuatkan didalam album ini jelas menunjukkan dia cuba untuk menarik perhatian generasi muda.
No comments:
Post a Comment